Menu
Cart

Nasihat Buat Hati

  • 700
  • Save $300


“Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya, maka mengapa kita perlu mengeluh dan bersedih?”

Apa hikmahnya Allah s.w.t. menyembunyikan isi hati seseorang manusia daripada manusia yang lain? Tidak lain dan tidak bukan kerana Allah s.w.t. ingin manusia hidup dalam keadaan dan suasana aman, tanpa sedikit pun timbul rasa syak wasangka dan takut pada setiap detik dan ketika. Sudah pasti manusia tidak mampu melelapkan matanya jikalau setiap masa mereka dapat membaca isi hati orang lain.

Ini bukan kelemahan, bahkan satu kenikmatan yang tidak terkira, anugerah daripada Allah s.w.t. kepada kita. Sekiranya isi hati bukan perkara rahsia, dunia ini mungkin huru-hara.

Isi Kandungan :-

Nasihat 1: Pesanan Buat Penuntut Ilmu
Nasihat 2: Alim vs. Jahil
Nasihat 3: Bekalan Menuju Akhirat
Nasihat 4: Berfikiran Jauh adalah Sikap Seorang Dai
Nasihat 5: Jangan Menyusahkan Orang Lain
Nasihat 6: Jangan Mudah Menghukum Seseorang
Nasihat 7: Dua Bentuk Dugaan
Nasihat 8: Bagaimana Amalan Kita?
Nasihat 9: Empat Sifat Golongan Bertakwa
Nasihat 10 : Bertaubatlah, Allah s.w.t. Suka
Nasihat 11: Islam Mendidik Supaya Berlembut
Nasihat 12: Jangan Biarkan Syaitan Menguasai Diri
Nasihat 13: Berwaspada ketika Mengucapkan Perkataan “Kalau”
Nasihat 14: Utamakan Ahli Keluarga
Nasihat 15: Lazimi Ayat Kursi
Nasihat 16 : Usah Berpecah, Bersatulah
Nasihat 17 : Jangan Tiru Mereka
Nasihat 18: Cari Hikmah dalam Musibah
Nasihat 19: Pinta Apa Sahaja kepada Allah s.w.t., Kamu Tidak akan Pulang Sia-Sia
Nasihat 20: Mahu Umur Panjang?
Nasihat 21: Sahabat yang Baik
Nasihat 22: Sedekah Menolak Gundah
Nasihat 23: Si Alim Ahli Neraka
Nasihat 24: Mukmin yang Kuat
Nasihat 25: Yang Utama Selepas Allah s.w.t. dan Rasul
Nasihat 26: Tanggungjawab Seorang Suami
Nasihat 27: Kemenangan Sejati dalam Islam
Nasihat 28: Kelicikan Syaitan
Nasihat 29: Air Pemadam Derita


We Also Recommend