Menu
Cart

4 Buku Kombo Set 100% Muslimah

  • 12900
  • Save $2000


Kombo Set 100% Muslimah

Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Muyassaroh Zuhri, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Ririn Rahayu & Nani Latifah
Tahun Terbitan: 2021

- 99 Great Ways to be Wonderful Muslimah: 572
- Zikir & Doa Muslimah: 196
- 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia: 467
- Hijrah Muslimah Milenial: 282

Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 1.61
Dimensi (cm): 19.3cm x13.5cm x4.6cm
Set 100% Muslimah adalah sebuah set premium yang terdiri daripada 4 buah buku khusus buat muslimah.

Set ini memfokuskan kepada pembinaan jati diri muslimah yang sempurna lengkap semua aspek seperti intelektual, spiritual, dan juga aspek emosional pada zaman milenial ini. Muslimah milenial yang disebutkan, tidak terhad kepada muslimah yang masih belia dan mereka yang bergelar generasi Z sahaja. Sebaliknya, semua muslimah yang masih wujud mengisi keindahan alam milenial ini.

Zaman milenial yang indah dan canggih ini bukan sahaja menjadikan golongan ini semakin disayangi dan disanjung, malah juga membawa dan membuka pintu fitnah yang lebih besar berbanding sebelumnya. Justeru itu, Set 100% Muslimah ini diwujudkan sebagai panduan dan menjadi teman penyelamat kepada semua muslimah di luar sana.

Dua buah buku daripadanya memfokuskan kepada motivasi dan membangkitkan semangat supaya berlaku perubahan positif dalam diri setiap muslimah yang membacanya. Manakala, dua buah buku lagi menjelaskan beberapa teknik dan amalan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian setiap muslimah, baik yang muda ataupun yang sudah berusia. Semuanya, khusus untuk dikau muslimah.

Dengan sentuhan dan garapan istimewa daripada tokoh muslimah Malaysia, Ustazah Datuk Dr. Nor Hafizah Musa dan beberapa orang tokoh hebat lagi, mudah-mudahan sebuah set ini dapat melahirkan lebih ramai lagi muslimah yang kuat, hebat, cantik, bahagia dan sejahtera intelektual, spiritual dan emosional di Malaysia ini.

5 Sebab Mengapa Set 100% Muslimah WAJIB Dimiliki

- Mengandungi 4 buah buku yang menekankan 4 konsep utama iaitu Muslimah Millenial,Wonderful -Muslimah, Muslimah Bahagia, dan Muslimah Solehah.
- Muslimah Millenial dan Wonderful Mulimah menekankan 7 aspek utama yang fokus kepadamotivasi untuk keluarga, kesihatan, kerjaya, komunikasi, hiburan, kepimpinan, dan ibadah.
- Muslimah Bahagia dan Muslimah Solehah pula menitikberatkan soal teknik dan amalan yangjuga menekankan 7 aspek utama dalam kehidupan.
- Set ini adalah produk yang dinukilkan istimewa bagi membina keperibadian dan keterampilan 100% Muslimah.

Buku 1: Hijrah Muslimah Milenial

Buku 2: 99 Great Ways To Be Wonderful Muslimah

Buku 3: 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia

Buku 4: Zikir dan Doa Muslimah Solehah


Set 100% Muslimah mengandungi 4 buah buku yang menekankan 4 konsep utama iaitu Muslimah Millenial, Wonderful Muslimah, Muslimah Bahagia, dan Muslimah Solehah. MILLENIAL merujuk pada semua Muslimah yang hidup pada zaman millennial tanpa mengira usia, pangkat, dan darjat. Muslimah Millenial dan Wonderful Mulimah menekankan 7 aspek utama yang fokus kepada motivasi untuk keluarga, kesihatan, kerjaya, komunikasi, hiburan, kepimpinan, dan ibadah. Muslimah Bahagia dan Muslimah Solehah pula menitikberatkan soal teknik dan amalan yang juga menekankan 7 aspek utama dalam kehidupan. Set ini adalah produk yang dinukilkan istimewa bagi membina Muslimah 100%.

Alangkah ruginya seorang Muslimah andai hidupmu tidak bahagia....” Islam mengangkat martabat wanita setinggi-tingginya. Mustahil sekiranya seseorang wanita itu tidak berasa bahagia dengan kehidupannya. Walhal dalam Islam, yang dilihat ‘tidak bahagia’ itu hanya daripada persepsi dan pandangan sesetengah individu sahaja tanpa
melihat pada situasi seseorang yang dinilai tanpa ilmu.

Buku ini memberikan 1000 tip bagaimana menjadi Muslimah yang bahagia di dunia dan bahagia juga di akhirat kelak. Wanita yang bahagia dinilai daripada pelbagai aspek. Buku ini memfokuskan kepada 7 aspek kebahagiaan utama seorang muslimah, iaitu keluarga, kesihatan, kerjaya, komunikasi, hiburan, kepimpinan, dan ibadah. Tumpuan buku ini berbicara soal kehidupan yang di dalamnya membicarakan soal hukum-hakam dan garis panduan yang mengikut acuan Islam.

Buku ini distrukturkan dalam bentuk tulisan yang mudah serta panduan yang praktikal. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan perkara-perkara yang dianjurkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah, hukum-hakam, kaedah dan panduan serta ibrah tauladan mengikut syariat Islam. Ia sesuai menjadi panduan untuk semua termasuk para Muslimah di luar sana.

Maklumat 4 Buah Buku dalam Set 100% Muslimah

1) Hijrah Muslimah Milenial

Buku Hijrah Muslimah Milineal sebuah buku genre motivasi yang ditulis khas dengan kandungan istimewa untuk golongan Muslimah. Buku ini memfokuskan kepada peningkatan nilai dan kualiti diri Muslimah pada zaman milineal yang kian mencabar ini. Antara 7 perkara yang dibincangkan adalah hijrah Muslimah dan Rabb-Nya, Muslimah dan prestasi, Muslimah dan cinta, Muslimah dan media sosial, Muslimah dan pergaulan, Muslimah dengan alam sekeliling, serta Muslimah dan produktiviti. 7 aspek utama yang disediakan dalam buku Hijrah Muslimah Milenial ini bukanlah semata-mata tumpuan hijrah yang biasa bagi seorang muslimah. Sebaliknya, tujuh perkara tersebut adalah merangkumi aspek yang luas dan pelbagai. Bahkan juga tersusun mengikut prioriti dan tumpuan bertahap.

2) Zikir dan Doa Muslimah Solehah

Buku Zikir dan Doa Muslimah Solehah adalah sebuah buku kompilasi doa-doa yang dikumpulkan khas untuk amalan harian muslimah. Buku ini mengandungi 3 bahagian, iaitu, bahagian pertama; panduan berdoa, bahagian kedua; doa amalan harian, dan bahagian ketiga; bonus doa dan zikir. Zikir dan doa yang disediakan dalam buku ini semuanya sudah disemak sumber dan diyakini boleh dijadikan amalan harian dan mudah-mudahan mendapat fadhilat daripadanya.

3) 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia Dunia dan Akhirat

Buku 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia Dunia dan Akhirat adalah sebuah buku yang merangkumi tip-tip yang boleh dijadikan pilihan tindakan yang boleh dilakukan oleh muslimah dalam kehidupan sehariannya. 1000 tip yang disediakan adalah tip praktikal yang diambil daripada 200 hadith pilihan Rasulullah s.a.w. Hadith yang dipilih, mewakili beberapa kategori, seperti, hadith berkaitan keluarga bahagia, kesihatan, keusahawanan, komunikasi, kepimpinan, hiburan dan juga ibadah solat. Kesemua bab ini dipecahkan pula kepada beberapa kategori kecil yang lain. Setiap bab, akan disediakan satu hadith beserta takhrijnya, kemudian diberikan beberapa penjelasan dalam pelbagai bentuk, seperti fakta, kajian, kata ulama, doa dan amalan, dan lain-lain lagi. Kemudian, daripada hadith tersebut, dikeluarkan 5 tip yang praktikal, mudah dan relevan untuk diamalkan oleh semua muslimah.

4) 99 Great Ways to be Wonderful Muslimah

Islam sangat mencintai kaum wanita. Wanita digelar sebagai Muslimah dalam Islam. Muslimah dihormati dan dihargai dengan cara yang mulia. Muslimah perlu mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. supaya hidup sentiasa diberkati. Muslimah juga berhak memiliki impian. Bahkan mereka dapat menggapai impian yang dicita-citakan tanpa perlu meninggalkan sifat-sifat semula jadi seorang wanita. Muslimah hebat bukan diukur pada tinggi tahap pendidikannya, bukan juga diukur pada gaya pemakaiannya, tetapi cara berfikir yang positif dan istiqamah menulu ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Buku 99 Great Ways to be Wonderful Muslimah mempunyai 99 cara dan tip bagi menjadi Muslimah hebat bukan sahaja pada mata manusia, namun yang lebih utama hebat di sisi Allah s.w.t.


We Also Recommend