Menu
Cart
Halal dan Haram Dalam Islam

Halal dan Haram Dalam Islam

  • 4000
  • Save $4000


Buku Halal dan Haram dalam Islam karangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini adalah cetakan yang ke-70 ataupun lebih (tidak dapat dipastikan). Beliau berdoa semoga buku ini memberi manfaat kepada penulis, penerbit, dan pembacanya. Beliau juga berdoa semoga umat Islam dapat menjaga tingkah laku selari dengan hukum-hakam yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah tanpa menghiraukan ideologi-ideologi yang diimport daripada luar.

Kelainan Buku Halal dan Haram dalam Islam Edisi Kemas Kini:

  • Al-Qaradhawi menambah baik isi kandungan berbanding cetakan sedia ada sejak lebih 40 tahun yang lalu.
  • Hadith-hadith dalam buku ini dijelaskan sumber dan martabatnya berbanding buku sebelum ini yang ringkas.
  • Beberapa hadith yang dilihat tidak perlu dalam edisi sebelum ini dibuang. Namun, ia tidak menjejaskan hukum asal yang terkandung dalam buku ini.
  • Al-Qaradhawi turut memuatkan lampiran soalan-soalan berbangkit pembaca buku Halal dan Haram dalam Islam yang sebelumnya. Antara soalan, kritikan, dan jawapan yang dikemukakan dalam buku ini adalah:
  • Hukum mengharaman sembelihan orang Majusi kerana mereka adalah Musyrikin.
  • Isu susunan ayat-ayat Al-Quran tentang arak.
  • Isu aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi.
  • Hukum harus isteri melayan tetamu suami.
  • Hukum mengharuskan onani bagi mereka yang mempunyai kehendak naluri seks yang kuat.
  • Isu pengharaman kahwin mut'ah.
  • Hukum perancangan keluarga dan faktor-faktor yang mengharuskannya.
  • Isu talak ke atas isteri yang sedang haid.
  • Isu pengharaman dadu dan pendapat yang memberi keringanan bermain dadu sekiranya tiada unsur taruhan.

We Also Recommend